Jenis2 Modified LC135 V1-V6
Assalammualikum dan selamat sejahtera geng laici sekalian. Disini saya sertakan tips & rahsia untuk tambahkan kelajuan motor laici anda dan sentiasa kekal dihadapan kapcai yang lain heheheheh.

1. STP ⚡⚡(Standard Tapi Power)⚡⚡
a) CDI Racing
![]() |
Cth : CDI BRT Sumber : Google |
CDI ada macam2 tau ada yang biasa, adjustable dan mapping mode. Sebelum korang nak beli tanya dulu cut off RPM berapa?? Untuk semua jenis CDI akan ada cut off nya. Tipulah kalau CDI takde cut off. Okay cut off untuk CDI Lc135 Std adalah RPM 9,500 sahaja. Itu pasal meter korang ada limit sedangkan dia boleh pergi lagi mcm meraung (ikut pada motor masing2). Buat masa ni aku pakai BRT Power Max dah 4 tahun pakai, alhamdulillah okay dan topspeed makin menjadi la walaupun ++ 20/30kmh . Hal ini disebabkan kuasa yang dijana oleh motor korang telah ditetapkan oleh CDI korang takat RPM 9,500 SAHAJA. Jadi tukar la jangan tak tukar HAHAHAHAHA.
b) Spocket
![]() |
Saiz 415 |
![]() |
Saiz 428 |
Bab spocket ni pulak ha makan modal sikit. Lain rider lain rationya sebab apa ya? Sebab berat rider berbeza. Hal ini selalu terjadi apabila rider suruh pomen try okay jee dia kata dan lepas kita bawa pulak rasa mcm top speed tu lambat nak dapat. Samada berat badan rider punya hal ataupun ratio spocket yang lari bermata-mata. Jangan bersedih brader sebab ni contoh rationya :
i/ Standard = 4 Speed - 14T/36T (Depan/Belakang) ; Berat (50-60kg)
= 5 Speed - 15T/35T (Depan/Belakang) ; Berat (50-60kg)
Major problem : Spocket terlampau kecil sampai pickup takde power dan topspeed pun takde power. Jawapannya beli lain la spocket dan rantai baharu (sebab rantai dah pendek).
c) Exhaust 28mm
![]() |
Cutting Standard |
![]() |
Exhaust Open |
Okay ekzos untuk spec standard sampailah ke spec 62 disarankan untuk pakai manifold exhaust bersaiz 28mm. Sebabnya kalau terlebih besar power takde pulak dan kalau ada pun ciput sangat dekat pickup ke tang top hancusss. Untuk kesedapan lebih lagi operate exhaust standard. Ha nak operate hantar kedai yg mmg specialist kalau tak terbang duit gitu je range harga Rm200-Rm300 Tapi kalau sayang beli je exhaust cutting standard after market sekarang.
d) Carburator 28mm/ 30mm
Bab carburator tak asing lagi power jet la menang. Sebab bila rpm tinggi tengah layan top motor akan bertambah power. Koramg boleh search carburator yang ada dekat online platform. Uma racing, Keihin, Red Leo dan lain2 adalah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia ni. Untuk yg 28mm Nsr pun dah cukup memadai. Akan tetapi pastikan original kalau tak garu kepala timing tak lekat 😂😂 Kalau nak cuba boleh je duit anda bukan duit saya, dah nasihat okay.
++ Intake
Untuk saiz intake carburator adalah mengikut saiz kepala carburator anda kalau tak alamatnya > FB "Barang baru nak jual tak pakai lagi sbb salah beli" HAHAHAH. INGAT!! Kalau nak beli yang second hand pastikan condition okay takut dia porting terlebih dan minyak akan turun tak lean.
++ Cable Throttle
Okay cable throttle pulak pakai ikut saiz slide dan panjang cable tu kalau tak menyesal geng. Antara 2 sahaja kalau yang pakai Uma/Keihin/Rxz/Tzm iaitu cable Lagenda 110zr ataupun cable Modenas Kriss.
++ Throttle
Thottle pulak kalau yang V2 ke atas kan ada dua cable so kena tukar yang satu cable punya supaya throttle anda takde free yg berlebihan apabila pulas. Throttle V1 aku rasa ngam dah satu cable. Kalau salah minta betulkan ya. Tenkiuu guys.
5) Port & Polish
Untuk port & polish pulak adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kuasa 4 Lejang anda dah up HP laici anda dan mungkin tak banyak tapi membantu dalam mempercepatkan proses pickup dan topspeed. Tak percaya kan? Tapi inilah hakikatnya sesuai untuk yang dah tukar carburator dan exhaust sahaja supaya lebih lawas dan cantik pembakaran di combustion chamber.
Last but not least :
Akhir kata, saya ingin menasihati semua rider diluar sana termasuk diri saya supaya berhati2 apabila menunggang ataupun memandu. Kita semua berkeluarga dan apabila kurang satu/lebih anggota keluarga mesti rasa sunyi mak/ayah/abang/kakak/adik kita . Betul tak?? Okay sorry guys mood sedih off. Sambung ke page satu lagi untuk yang nak UP SPEC KEPADA BORE YANG LEBIH BESAR YA. Semoga bermanfaat sekian terima kasih. Assalammualikum.
⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩ ⇩
Tambahan : Jika berminat untuk modi jangan segan dan sila silu hahahaha, email je ke syamilaqil1999@gmail.com ataupun berhubung sahaja secara personal melalui wassap.my/0196332140/Modi_Onz
(copy and paste url & open in browser)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHai Tuan Tanah, Saya ada soalan..
ReplyDelete1. Kalau guna method ni, minyak makan banyak x/ sama je?
2. Saiz spoket standard depan/ blkang / Recommended
3. Minyak hitam mineral atau semi mana elok?
( Sy pakai mineral utk kgunaan harian )
Kalau jarak jauh guna semi atau full ?